Athiu selamatkan Tok Gajah - Utusan Malaysia

Athiu selamatkan Tok Gajah

PENJAGA gol Sri Pahang, Muhammad Daniel Wafiuddin Sa'adon menyelamatkan pintu golnya daripada dibolosi Kedah dalam aksi Liga Super di Kuantan malam ini. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Jaringan Kenjok Athiu pada minit ke-87 perlawanan menyelamatkan Sri Pahang daripada tewas kepada Kedah apabila kedua-dua pasukan seri 2-2 dalam aksi di Stadium Darul Makmur malam ini.

Kedah terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Mohd. Amirul Hisyam Awang Kechik pada minit ke-11 apabila melakukan rembatan cantik menewaskan penjaga gol tuan rumah, Mohd. Daniel Wafiuddun yang hanya mampu melihat bola menggegar jaringnya.

Tersentak dengan jaringan itu, Tok Gajah menggandakan asakan dan berjaya menyamakan kedudukan menerusi Athiu pada minit ke-29 yang bijak menewaskan Mohd. Ifwat Akmal Che Kassim hasil hantaran kemas Manuel Hidalgo.

PENYELAMAT Tok Gajah.

Memasuki awal separuh masa kedua, Sri Pahang menguasai perlawanan tetapi pertahanan Kedah kental menahan asakan penyerang tuan rumah.

Pada minit ke-66, pemain Kedah yang baharu dimasukkan, Mohd. Syazwan Zainon pantas menghukum kealpaan Sri Pahang untuk jaringan kedua Skuad Hijau Kuning bagi mendahului 1-2.

Peluang terbaik untuk Sri Pahang menyamakan kedudukan hadir pada minit ke-80 tetapi tandukan Athiu ditangkap penjaga gol gantian Kedah, Mohd. Shahril Saari yang masuk pada separuh masa kedua.

Selang tujuh minit kemudian, Athiu berjaya menebus kehampaan apabila menewaskan Mohd. Shahril untuk gol kedua peribadinya  malam ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya