AS rampas Piala Ryder selepas 3 tahun - Utusan Malaysia

AS rampas Piala Ryder selepas 3 tahun

PASUKAN Amerika Syarikat meraikan kejayaan menjulang Piala Ryder selepas menumpaskan Eropah 19-9 di Whistling Straits, Kohler, Wisconsin, Amerika Syarikat awal pagi tadi. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOHLER, Amerika Syarikat: Selepas tiga tahun, Amerika Syarikat (AS) berjaya menyambar kembali Piala Ryder kelmarin menerusi prestasi dominan 19-9 ke atas Eropah di Whistling Straits.

Kapten AS, Steve Stricker menyifatkan kejayaan tersebut merupakan kemenangan terbaik sepanjang zaman buat pasukan tuan rumah.

Pemain No. 3 dunia, Collin Morikawa, mencuri tumpuan apabila memberikan setengah mata kemenangan dalam acara perseorangan setelah terikat dengan Viktor Hovland.

Morikawa menyifatkan Piala Ryder memberikan makna segalanya kepada dia selepas mengharungi pelbagai rintangan dalam tempoh 13 bulan dengan memenangi dua kejuaraan besar di Kejohanan PGA dan Terbuka.

“Ia sangat bererti, segalanya. Ingin melakukan putt. Bagi saya pertembungan di antara saya dengan Viktor (Hovland) adalah yang terhebat.

“Saya tidak rasa dia akan gagal dalam beberapa pukulan. Saya hanya perlu memperoleh birdie.

“Begitupun untuk memenanginya dan membawa pulang semula trofi ini ke AS adalah sesuatu yang bermakna bagi saya,” kata pemain berusia 24 tahun itu.

Sementara itu, Dustin Johnson, pemain No. 2 dunia, yang juga paling tua dalam pasukan AS iaitu berusia 37 tahun, memenangi kesemua lima perlawanannya dengan mengatasi Paul Casey dalam acara perseorangan.

Dia menjadi pemain Amerika pertama selepas Larry Nelson pada tahun 1979 memenangi kesemua lima perlawanan.

Kemenangan AS kali ini menghalang Eropah daripada meraih kejuaraan kelima mereka dalam enam edisi terakhir.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya