LONDON: Selepas mengalami tiga kekalahan berturut-turut Arsenal akhirnya mengecapi kemenangan pertama dalam Liga Perdana Inggeris musim ini aoabila menumpaskan Norwich City 1-0 sebentar tadi.
Jaringan Pierre-Emerick Aubameyang pada minit ke-66 bukan saja menghadiahkan gol dan kemenangan pertama Gunners musim ini, malah mengeluarkan mereka dari kedudukan tercorot liga.
Kemenangan di Stadium Emirates itu juga melegakan Mikel Arteta selepas kedudukannya sebagai pengurus dalam bahaya ekoran aksi buruk kelab London itu di awal musim.
Norwich kini menggantikan tempat Arsenal di dasar liga pada ketika Gunners bakal bertandang ke Burnley minggu depan dengan keyakinan. – AGENSI