'Ada apa pada rekod lalu’ - Utusan Malaysia

‘Ada apa pada rekod lalu’

PEMAIN Perak menjalani latihan akhir kelmarin menjelang pertemuan menentang Selangor dalam aksi pembukaan Piala Malaysia malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Walaupun tewas dua kali kepada Selangor sebelum ini, Perak tetap turun bersama keyakinan tertinggi berdepan juara 33 kali itu dalam aksi pembukaan Piala Malaysia di Petaling Jaya malam ini.

Kalah dalam aksi Liga Super tidak boleh diambil kira kerana Piala Malaysia adalah persai­ngan baharu dengan format berbeza.

“Perlawanan lalu sudah menjadi sejarah. Ini kejohanan berbeza, keputusan lalu tidak lagi diambil kira.

“Pemain amat bersemangat beraksi dalam Piala Malaysia. Mereka akan bermain dengan penuh keyakinan,” kata jurulatih Bos Gaurus, Mohd. Shahril Nizam Khalil.

Shahril Nizam Khalil

Selepas tersungkur ke Liga Perdana musim depan, Piala Malaysia peluang terbaik Perak mengubat duka dan mengembalikan keyakinan penyokong.

Juara lapan kali itu bagaima­napun turun tanpa tonggak tengah, Sergio Aguero akibat kecederaan.

Pengurus pasukan, Mohd. Rashidi Abdul Rahim berkata, Aguero mengalami kecederaan bahu dan tidak beraksi dalam perlawanan terakhir Luga Super lalu menentang Sabah.

Rashidi bagaimanapun yakin ketiadaan pemain tengah rajin itu tidak akan menjejaskan keupayaan jentera tengah Perak .

SERGIO Aguero (kanan) tidak dapat diturunkan akibat kecederaan.

“Kita ada pengganti untuk mengisi kekosongan itu,” katanya semalam.

Radhidi berkata, pertandingan Piala Malaysia musim ini merupakan medan pembentukan pasukan untuk musim 2022.

Justeru katanya, pemain Perak FC dituntut memberi persembahan terbaik jika ingin mendapat tempat dalam pasukan Bos Gaurus musim akan datang.

Katanya, ini juga masa untuk pemain membayar balik segala usaha pengurusan pasukan menjaga kebajikan pemain terutama sekali dari segi gaji.

“Tiada lagi tunggakan gaji pemain. Semua sudah dijelaskan.

“Yang belum bayar adalah gaji bulan semasa.

“Semua ini atas usaha Cikgu Azman (Noh) yang bertungkus lumus mencari dana,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya