Yip Pin Xiu ‘perit’ sebelum raih emas - Utusan Malaysia

Yip Pin Xiu ‘perit’ sebelum raih emas

Yip Pin Xiu muncul atlet Asia Tenggara pertama meraih pingat emas pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 selepas menjuarai acara renang 100 meter kuak lentang S2 wanita kelmarin. – SINGAPORE PARALYMPIC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Yip Pin Xiu mengakui, dia menempuh jalan amat berliku dan menanggung pelbagai ‘keperitan’ untuk tiba di Sukan Paralimpik Tokyo sebelum memenangi pingat emas dalam acara 100 meter kuak lentang S2 wanita kelmarin.

Biarpun perlu berdepan pelbagai kesukaran, dia rela ‘sakit’ berulang kali dan sanggup melakukannya sekali lagi asalkan dapat mendengar lagu kebangsaan ­Singapura berkumandang di temasya Pa­ralimpik.

Kelmarin, Pin Xiu muncul atlet Asia Tenggara pertama meraih emas Tokyo 2020 selepas mencatat masa 2 minit, 16.61 saat, mengenepikan perenang tuan rumah, Miyuki Yamada (2:26.18s) dan Fabiola Ramirez dari Mexico (2:36.54s).

Ini emas Paralimpik keempat buat perenang berusia 29 tahun itu, malah dia berazam untuk menokok emas dalam 50m kuak lentang S2 – acara yang dimenangi di Rio 2016 pada 2 September depan.

“Saya cukup beremosi ketika ini kerana telah melalui tahun yang amat sukar. Berjaya sampai di sini dan menang emas perasaan yang sangat menakjubkan.

“Saya masih cuba memahami apa yang berlaku. Menaiki podium sekali lagi membuat saya menangis tidak berhenti.

“Apa yang membuatkan saya tidak mampu menahan sebak bila mendengarkan lagu kebangsaan dimainkan. Mengenangkan semula kepayahan dan kesakitan yang terpaksa dilalui, membuatkan saya bagaikan tidak percaya.

“Tidak dapat saya ceritakan keperitan yang dilalui untuk tiba di sini, tapi kalau saya diminta melalui kesakitan itu sekali lagi, saya sanggup, berulang-ulang kali pun sanggup,” kata Pin Xiu, pemenang dua pingat emas Kejohanan Dunia.

Kata Pin Xiu, Covid-19 bukan sahaja memaksa temasya ditangguhkan setahun, malah dia juga berhenti daripada berlatih selama beberapa bulan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya