Wooi Yik pernah digugurkan dari skuad badminton kebangsaan - Utusan Malaysia

Wooi Yik pernah digugurkan dari skuad badminton kebangsaan

SOH Wooi Yik ketika kecil.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Di sebalik kejayaan merangkul pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020, mungkin ramai tidak tahu Soh Wooi Yik sebenarnya pernah digugurkan daripada skuad badminton kebangsaan akibat kecederaan pada 2016.

Kelmarin, Wooi Yik dan Aaron Chia memenangi gangsa selepas mengejutkan pasangan No. 2 dunia dari Indonesia, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan untuk pi­ngat pertama Malaysia di Tokyo 2020.

Bapa Wooi Yik, Soh Goon Chap berkata, anaknya menerima tawaran Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) pada usia 13 tahun namun digugurkan daripada skuad kebangsaan beberapa tahun kemudian di bawah Pe­ngarah Teknikal Persa­tuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost Hansen kerana kecederaan.

Katanya, Wooi Yik memulakan karier sebagai pemain perseora­ngan ketika masuk ke SSBJ tetapi Frost melihat bakatnya lebih baik dalam saingan beregu, dan dia digandingkan bersama Aaron sebelum bertukar kepada Ooi Zi Heng.

SOH Wooi Yik (dua dari kiri) bersama keluarga.

“Wooi Yik ini hidup mati dia hanya badminton dan dia sebenarnya mudah ‘kancheong’ (takut) dalam bab badminton tapi kalau dia nak sesuatu dia akan usaha kuat sampai terlupa dia perlu berehat.

“Kalau ikutkan dia memang tidak tenang sangat semasa dalam gelanggang, cuma bila dapat jurulatih baharu (Flandy Limpele) dia ada kurang sikit ‘kancong’, orang kata boleh kawal sikit,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Selepas meninggalkan skuad kebangsaan, Wooi Yik menyertai kelab Petaling BC pada awal 2017 dan berpasangan bersama Chen Tang Jie.

Mereka sempat beraksi dalam dua kejohanan antarabangsa sebelum Wooi Yik kembali dipanggil oleh kem badminton negara.

AARON Chia (kiri) dan Soh Wooi Yik bersama pingat gangsa Sukan Olimpik yang dimenangi selepas menewaskan Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan. – AFP

Pada Oktober 2017, Wooi Yik kembali ke pangkuan pasukan kebangsaan dan berganding bersama Aaron.

Mereka berjaya ke final All England 2019 serta beberapa kejohanan lain tapi belum ­pernah ­meraih kejuaraan pertama.

Goon Chap mengakui amat gembira dan bangga dengan kejayaan anaknya, namun dia perlu terus berdisiplin untuk mencapai lebih banyak kejayaan.

“Saya harap dia boleh terus mencipta lebih banyak kejayaan lebih besar pada masa akan da­tang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya