TOKYO: Wilayah utara Hokkaido yang seharusnya lebih sejuk untuk menjadi venue acara maraton Sukan Olimpik Tokyo dan lumba jalan kaki, minggu hadapan sedang bergelut dengan cuaca panas melampau.
Jawatankuasa penganjur Olimpik sudah mengubah dua acara pada 2019 kerana bimbang ia akan memberi kesan kepada atlet bertanding.
Cuaca musim panas di Spporo dijangka lebih baik iaitu lima atau enam darjah lebih sejuk berbanding Tokyo.
Bagaimanapun cuaca di Sapporo, Hokkaido ketika ini mencecah 34 darjah celsius dan menjangkakan kekal begitu sehingga minggu hadapan semasa acara itu dilangsungkan.
Buat kali pertama bandar itu mencipta rekod apabila cuaca naik tinggi mencecah 38 darjah celsius sebelum ini.
Acara 20 kilometer jalan kaki lelaki dan wanita akan berlangsung di situ dan acara maraton akan berlangsung dalam tempoh beberapa hari selepas itu.
Suhu menjadi perhatian utama penganjuran dengan pelbagai langkah diambil bagi mengelakkan atlet terkena strok haba dan perkara berkaitan.
Ketua Pegawai Eksekutif Tokyo 2020, Toshiro Muto berkata, pihaknya akan melakukan sesuatu dengan cepat.
“Lebih 30 orang sudah terkena penyakit berkaitan haba, tetapi ia lebih ringan berbanding strok haba
“Ramai yang terkena ialah pegawai temasya dan sukarelawan tetapi tiada yang serius,” katanya. – AFP