Tokyo 2020 temasya ‘sederhana’ - Utusan Malaysia

Tokyo 2020 temasya ‘sederhana’

AARON Chia-Soh Wooi Yik meraih gangsa pada Sukan Olimpik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia menutup tirai Sukan Olimpik 2020 Tokyo dengan kegagalan memenuhi sasaran tiga pingat, termasuk sebutir emas.

Daripada 30 atlet yang ke Tokyo, hanya tiga menyumbangkan pingat, iaitu perak menerusi jaguh berbasikal, Datuk Azizulhasni Awang dan gangsa yang diraih badminton beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

Jika situasi kali ini sama seperti temasya-temasya sebelumnya, pencapaian itu mungkin mengecewakan, apatah lagi kita pulang bersama empat perak dan satu gangsa di Rio 2016.

Bagaimanapun Malaysia pernah pulang tanpa pingat dalam keadaan bebas pandemik Covid-19 di Sydney 2000 dan Athens 2004, kerana itu apa yang dilakukan kali ini boleh dibanggakan.

Pencapaian sebutir perak dan gangsa itu juga mengulangi aksi di London 2012.

NUR Dhabitah Sabri cemerlang dalam saingan 3m papan anjal, namun ia tidak cukup untuk menghadiahkan pingat buat Malaysia di Tokyo 2020.

Berbasikal dan badminton memenuhi sasaran pingat biarpun tanpa emas, namun perhatian serius harus diberi kepada terjun yang pulang tangan kosong, malah lebih membimbangkan kebanyakan penerjun sudah berusia.

Leong Mun Yee telah me­ngumumkan persaraan, Cheong Jun Hoong mencecah usia 34 tahun jika masih mahu beraksi di Paris 2024, manakala Pandelela Rinong juga tidak lagi muda pada usia 28 tahun.

Nur Dhabitah Sabri yang cemerlang menduduki tangga keempat 3 meter papan anjal, hanya 17.6 mata di belakang pemenang gangsa berusia 22 tahun.

LEE ZII JIA

Dia berusia 25 tahun apabila Olimpik tiba tiga tahun lalu, namun usia itu sebenarnya bukan terlalu muda buat penerjun.

Mujurlah badminton yang mempunyai potensi besar di Paris masih membariskan ramai pemain muda. Aaron baru 24 tahun, Wooi Yik, 23, manakala Lee Zii Jia men­ginjak 23 tahun.

Emas gagal dijelmakan, apakah penantian akan berakhir di Paris? Lelah belum habis, namun tiada rehat buat persatuan, Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara atau Institut Sukan Negara kerana penca­rian juara perlu di­mulakan dari sekarang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya