Tok Gajah raih 3 mata berharga - Utusan Malaysia

Tok Gajah raih 3 mata berharga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sri Pahang akhirnya berjaya mengelak badi seri apabila menewaskan PJ City 1-0 sekali gus mendapat tiga mata untuk naik ke tangga sembilan Liga M di Stadium Darul Makmur malam ini.

Sebaik wisel ditiup pengadil perlawanan, Razlan Joffri Ali,. Sri Pahang tidak menunggu lama melancarkan serangan bertali arus bagi memburu kemenangan selepas seri dalam dua perlawanan sebelum ini.

Percaturan Dollah Salleh terus memberi kepercayaan kepada Abdul Malik Mat Arif untuk digandingkan dengan Manuel Hidalgo nyata tepat selepas kedua-dua pemain semakin serasi di jentera serangan.

Pada 10 minit pertama nyata masa yang sangat sibuk buat pemain pertahanan dan penjaga gol PJ City, Kalamullah Al Hafiz Mat Rowi mengawal pintu gawang daripada dibolosi pemain penyerang Sri Pahang yang tidak berputus asa mencipta peluang menjaringkan gol.

Mala seawal lima minit perlawanan Sri Pahang sudah memperolehi sepakan sudut pertama tetapi peluang yang agak terbuka untuk menewaskan penjaga gol pelawat tidak dimanfaatkan anak buah Dollah.

Pemain import dari Myanmar, Aung Kaung Man akhirnya memecah kebuntuan selepas menjaringkan gol pertama Sri Pahang pada minit ke-15 melalui sepakan deras hasil pergelutan di depan pintu gol pelawat.

Pahang juga berpeluang untuk menambah gol melalui Kenny Athiu yang hanya berdepan dengan penjaga gol lawan tetapi nyata nasib tidak bersama penyerang import dari Australia itu selepas sepakannya tersasar dari gawang.

Anak buah S. Maniam juga tidak membiarkan Sri Pahang menguasai perlawanan dan sesekali melancarkan serangan balas tetapi tidak mengubah keputusan sehingga separuh masa pertama ditamatkan.

Sri Pahang terus garang dan menguasai perlawanan tetapi pertahanan PJ City masih ampuh bertahan sambil sesekali mencuri peluang melancarkan serangan.

Tandukan Herold Goulon dan sepakan Abdul Malik serta Muhd. Zuhair Aizat hampir menambah gol untuk Sri Pahang tetapi aksi penjaga gol, Kamarullah Al Hafiz lebih baik mengawal pintu golnya dari dibolosi.

Pahang turut membawa masuk pemain import Nicholas Swirad dan Mohd. Ezani Mat Salleh untuk menambah sengat tetapi masih tidak berupaya membantu menambah gol hingga tamat perlawanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya