Terengganu terus hambat JDT - Utusan Malaysia

Terengganu terus hambat JDT

PEMAIN Terengganu FC meraikan gol pembukaan dijaringkan David Da Silva (tiga dari kiri) ketika menewaskan Sri Pahang dalam aksi Liga Super di Stadium Mizan Zainal Abidin, kelmarin. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Terengganu terus menghidupkan peluang mencabar kejuaraan Liga Super selepas mengatasi Sri Pahang 2-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini, sebentar tadi.

Kemenangan dalam aksi seteru Pantai Timur itu membolehkan Terengganu mengutip 37 mata, lima mata ketinggalan di belakang pendahulu, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Tirai jaringan dimulakan pada minit ke-12 hasil sepakan leret David Da Silva yang melepasi kawalan pertahanan, Herold Goulon, sebelum penyerang Brazil itu dikeluarkan akibat kecederaan hamstring.

Skuad kendalian Dollah Salleh terus meningkatkan tekanan melalui percubaan deras Aung Kaung Mann dari luar kotak penalti ditepis Mohd. Suhaimi Husin pada minit ke-19.

Kerancakan pelawat menyerang kemudian dihukum bekas pemainnya, Faisal Abdul Halim yang tidak dikawal untuk mudah menanduk hantaran Mohd. Faiz Nasir pada minit ke-24.

Giliran Terengganu mencemaskan kubu Sri Pahang melalui percubaan berturut-turut Makan Konate dan Habib Haroon yang tersasar ke sebelah tepi pada minit ke-61.

Kemasukan pemain import, Abubakar Yakubu tetap gagal mengubah corak permainan Sri Pahang sekali gus memaksa skuad Tok Gajah pulang dengan tangan kosong.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya