Terengganu cicir mata lagi, berita baik buat JDT - Utusan Malaysia

Terengganu cicir mata lagi, berita baik buat JDT

KAPTEN Sabah, Risto Mitrevski (5) menanduk bola keluar dari kawasan bahaya ketika bertemu Terengganu FC dalam aksi Liga Super di Kuala Nerus semalam. UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Hasrat Terengganu FC (TFC) kembali ke landasan kemenangan tidak kesampaian apabila seri tanpa jaringan dengan Sabah dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di sini sebentar tadi.

Tuan rumah bermula baik pada minit ketujuh menerusi percubaan deras Faisal Abdul Halim yang tepat ke arah penjaga gol disusuli pada minit ke-16.

Kekebalan benteng Sabah kemudian memaksa TFC mencuba dari jarak jauh menyaksikan rembatan leret Mohd. Faiz Nasir (m-35) sekadar tersasar ke sebelah tepi pintu gol.


PERTAHANAN Sabah, Rawilson Batuil merampas bola daripada kawalan pemain tengah Terengganu FC, Muhamad Shahrin Sapien dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI

Peluang terbaik tuan rumah menjelma melalui pemain tengah, Dechi Marcel yang melepasi perangkap ofsaid sebelum sepakannya menggegar palang gol Sabah pada minit ke-40.

Sabah memperkemaskan rentak selepas rehat dan kemasukan Saddil Ramdani hampir membuahkan hasil pada minit ke-56 melalui percubaan lencong dari sebelah kanan.

Ketika aksi berbaki satu minit, sepakan percuma penyerang TFC, David Da Silva, berjaya menerjah jaring gol hanya untuk dibatalkan pengadil, Suhaizi Shukri dan kedudukan 0-0 kekal sehingga tamat.

Keputusan itu menyaksikan Terengganu kini lapan mata dibelakang pendahulu, Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan 31 mata manakala Sabah naik satu anak tangga ke kedudukan ketujuh berbaki enam perlawanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya