"Tak apa Lela, anda sudah melakukan yang terbaik' - Utusan Malaysia

“Tak apa Lela, anda sudah melakukan yang terbaik’

PANDELELA Rinong akan mengetuai cabaran Malaysia pada Sukan Asia di Hangzhou.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Meskipun gagal menyumbang pingat, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican percaya Pandelela Rinong sudah beraksi sebaik mungkin di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Dia menduduki tempat terakhir daripada 12 peserta final 10 meter platform individu wanita apabila mengumpul 245.85 mata sekali gus tidak dapat menyumbang pingat buat Malaysia selepas meraih gangsa di London 2012 dan perak di Rio 2016.

“Terima kasih Pandelela Rinong atas usaha yang baik dalam peringkat akhir acara 10m platform individu wanita.

“Saya menyaksikan aksi Lela tadi yang bermula agak kurang kemas namun memperbaiki usaha di terjunan yang seterusnya.

“Tak apa, Lela. Saya tahu anda sudah melakukan yang terbaik #DemiMalaysia. Bukan mudah untuk berada pada tahap 12 penerjun wanita terbaik dunia.

“Saya yakin rakyat Malaysia sangat menghargai pencapaian Lela hari ini. Tidak sesekali akan putus sokongan rakyat buat Lela.

“Kita juga mahu lihat lebih ramai bakat baharu dapat dilahirkan dan ini memerlukan perancangan rapi dari semua pihak khususnya ASUM (Kesatuan Renang Malaysia),” katanya di Facebook miliknya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya