‘Saya perlu buktikan 100 juta berbaloi’ - Utusan Malaysia

‘Saya perlu buktikan 100 juta berbaloi’

JACK GREALISH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jack Grealish mencabar dirinya sendiri untuk membuktikan kepada peminat bahawa 100 juta pound (RM587 juta) yang dibayar oleh Manchester City kepada Aston Villa adalah berbaloi.

City memecah rekod Liga Perdana Inggeris dengan membayar harga tinggi kepada Villa untuk mendapatkan kapten mereka itu menerusi perjanjian enam tahun.

Grealish yang telah membuat 213 penampilan dan meledak 32 gol bersama Villa akan memakai jersi No. 10.

“Saya sudah berada di Aston Villa sejak 19 tahun lalu dan menjadi peminat seumur hidup kelab ini.

“Saya telah melalui pelbagai proses sehinggalah menjadi ketua pasukan dan kami kembali dalam Liga Perdana.

“Sudah tentu ada banyak sebab mengapa saya memutuskan untuk datang ke sini (City). Pengurus (Pep Guardiola) faktor terbesar, bermain di bawah jurulatih terbaik dunia peluang yang sukar ditolak mana-mana pemain.

“Bersaing merebut trofi juga sesuatu yang saya inginkan sejak dulu. Memang sukar untuk menolak apabila tawaran ini hadir. Semoga penghijrahan saya memberi hasil cemerlang, saya mahu buktikan apa yang saya ada,” kata Grealish.

Menurut pemain sayap England berusia 25 tahun itu, City mempunyai ramai bintang besar dan dia tidak sabar untuk bersaing serta bercakap dengan mereka.

“Saya baru 25 tahun, banyak lagi yang boleh saya pelajari daripada pemain-pemain ini. Saya tidak sabar hendak memulakannya, untuk bermain dan berlatih serta dikelilingi mereka,” katanya.

Pemain kelahiran Birmingham itu mengakui, ia bukan keputusan mudah untuk meninggalkan kelab kesayangannya, Villa, namun sebaik saja dia nekad untuk melangkah pergi, dia akan buktikan semua itu berbaloi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya