Satu tumbukan Mayweather bernilai RM9.4 juta - Utusan Malaysia

Satu tumbukan Mayweather bernilai RM9.4 juta

FLOYD Mayweather (kanan) ketika bertarung dengan Logan Paul dalam pertarungan lapan pusingan di Stadium Hard Rock, Miami, Jun lalu. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Floyd Mayweather meraih lebih 1.6 juta pound (RM9.4 juta) untuk setiap tumbukannya ketika bertemu Logan Paul pada pertarungan pertunjukan, Jun lalu yang menyaksikan dia melakukan 43 tumbukan.

Mayweather menerima wang berjumlah 72 juta pound (RM423 juta) iaitu bayaran per tontonan ketika bertemu Paul, menurut laman web Bonusfinde.

Bagaimanapun dia gagal mencatat kemenangan knockout ke atas lawannya itu, sekali gus tiada pemenang diumumkan dalam pertarungan yang berlangsung sebanyak lapan pusingan itu.

Petinju legenda Amerika Syarikat (AS) itu meraih lebih banyak keuntungan ketika bertemu Paul, 26, berbanding bertemu Manny Pacquiao, 42, dan Conor McGregor, 33.

Mayweather, 44, menewaskan Pacquiao menerusi kiraan mata pada 2015 dan dilaporkan menerima 1.3 juta pound (RM7.6 juta) untuk setiap tumbukan yang mengenai lawannya itu.

Dia berjaya melakukan 148 tumbukan ke atas peninju sensasi Filipina itu dan membawa pulang wang sebanyak 192.5 juta pound (RM1.13 bilion).

Ketika bertemu bekas juara UFC, McGregor yang juga pertarungan terakhirnya selaku petinju profesional, dia berjaya melakukan 170 tumbukan.

Mayweather membawa pulang 211 juta pound (RM1.24 bilion) menyaksikan satu tumbukannya bernilai 1.2 juta pound (RM7 juta).

Sementara itu, Paul yang melakukan 28 tumbukan ke arah Mayweather pada pertarungan tersebut dikatakan menerima bayaran sebanyak 10 juta pound (RM58.7 juta).

Paul, 26, mendapat pujian daripada Presiden UFC, Dana White yang menganggap selebriti itu berjaya membuatkan Mayweather ‘sedar dia sudah tua’. ­– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya