Ronaldo dapat jersi No. 7 - Utusan Malaysia

Ronaldo dapat jersi No. 7

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Cristiano Ronaldo bakal menjadi penerima gaji tertinggi di Liga Perdana Inggeris dengan meraih 580,000 pound (RM3.33 juta) seminggu.

Malah, bintang penyerang Portugal itu menerima layanan istimewa sebaik saja kembali ke pangkuan Manchester United apabila mendapat jersi ikonik, No. 7.

Ronaldo, 36, yang sudah lulus ujian perubatan, didaftarkan dengan No. 7, menurut laman web rasmi Liga Perdana.

Perkara itu nyata menimbulkan kekeliruan dalam kalangan penyokong kerana nombor tersebut juga sudah didaftarkan di bawah nama Edinson Cavani.

DALAM laman web rasmi Liga Perdana Inggeris, Cristiano Ronaldo didaftarkan dengan No. 7.

Menurut peraturan Liga Perdana, nombor yang sudah pun didaftarkan hanya boleh diberi kepada pemain lain jika pemain asal berpindah ke pasukan lain, dan dalam situasi itu Cavani tidak akan meninggalkan United.

Bagaimanapun terdapat juga artikel yang menyebut, nombor tersebut masih boleh diberikan kepada pemain lain dengan mendapat keizinan khas dari pemain asal.

Dalam pendaftaran yang dikeluarkan laman web Liga Perdana hari ini, terdapat dua pemain dengan No. 7 dalam pasukan United – Ronaldo dan Cavani.

Legenda United, Rio Ferdinand sebelum ini mendedahkan, Cavani sedia menyerahkan No. 7 kepada pemenang Ballon d’Or lima kali itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya