Revolusi Arteta masih ‘jauh’ - Utusan Malaysia

Revolusi Arteta masih ‘jauh’

EN White (kanan) membuat penampilan sulung bersama Arsenal ketika menentang Chelsea dalam aksi persahabatan di Stadium Emirates, London kelmarin. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Apa pun perubahan yang cuba dilakukan pengendali Arsenal, Mikel Arteta ia masih ‘terlalu jauh’ untuk mendapatkan hasil.

Itulah yang dirasai 25,000 penyokong selepas Gunners tumpas 1-2 kepada Arsenal dalam saingan pemanas badan menjelang pembukaan musim baharu Liga Perdana Inggeris, 14 Ogos ini.

Biarpun hanya aksi pemanas badan, namun penyokong Arsenal melihat banyak masalah gagal diselesaikan oleh pasukan untuk memulakan musim baharu.

Kai Havertz membuka jari­ngan Chelsea pada minit ke-26 sebelum Granit Xhaka menya­makan kedudukan minit ke-69.
Bagaimanapun Tammy Abraham yang dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal musim depan memastikan kemena­ngan Blues pada minit ke-72.

Biarpun kalah, Arteta berkata, dia ‘amat gembira’ dengan penampilan sulung bek tengah baharunya, Ben White yang dibeli pada harga 50 juta pound (RM294.14 juta), Jumaat lalu.

Peminat bagaimanapun berharap kelab itu membawa ma­suk sekurang-kurangnya tiga lagi pemain baharu untuk menguatkan cabaran sebelum liga bermula.

“Saya gembira (dengan hasil perlawanan). Saya fikir, kelab ini menunjukkan cita-cita dan menuju ke arah yang betul,” kata Arteta. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya