Red Giants kembali ampuh - Utusan Malaysia

Red Giants kembali ampuh

SAFUWAN Baharudin (tengah) terpaksa berehat panjang akibat kecederaan di bahagian otak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kepula­ngan semula dua tonggak import, Tim Heubach dan Safuwan Baharudin memberi keyakinan kepada Selangor untuk tampil ampuh apabila bertandang ke Kedah dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman, malam ini.

Dua pemain pertahanan itu sudah kembali menjalani latihan bersama Red Giants selepas pulih daripada kecede­raan.

Pengendali Selangor, Karsten Neitzel kini memiliki banyak pilihan untuk menurunkan barisan terbaik.

“Beberapa pemain cedera akan kembali bersama pasukan. Ini menambah kualiti serta pilihan dalam menentukan kesebelasan utama setiap minggu.

“Apa yang penting, pemain perlu beri sepenuh komitmen dan beraksi sebagai satu unit dalam setiap perlawanan,” kata Neitzel.

TIM Heubach kembali menguatkan cabaran Selangor.

Pemain kelahiran Singa­pura, Safuwan me­ngalami gegaran di kepala, Mei lalu sementara Heubach mempunyai darah beku di pangkal paha.

Selepas diketepikan hampir tiga bulan, ke­dua-duanya sudah menjalani latihan minggu ini.

Selama ketiadaan dua tonggak itu, Neitzel mempertaruhkan gan­dingan Ashmawi Md Yakin dan Sharul Nazeem Zulpakar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya