Real nafi mahu tinggalkan La Liga, sertai Liga Perdana Inggeris - Utusan Malaysia

Real nafi mahu tinggalkan La Liga, sertai Liga Perdana Inggeris

LAPORAN muka depan Mundo Deportivo mengenai Real Madrid mahu meninggalkan La Liga untuk menyertai Liga Perdana Inggeris.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Real Madrid hari ini menafikan laporan akhbar Barcelona bahawa kelab itu sedang ‘mengkaji pilihan’ untuk meninggalkan La Liga dan menyertai Liga Perdana Inggeris.

“Mengikut maklumat yang diterbitkan oleh akhbar Mundo Deportivo hari ini, di mana kelab kami dikatakan mengkaji pilihan meninggalkan La Liga untuk Liga Perdana, Real Madrid ingin menjelaskan bahawa maklumat itu sama sekali palsu, tidak masuk akal dan mustahil,” kata Real Madrid dalam satu kenyataan.

Menurut Real, sebab utama mengapa perkara itu dibangkitkan adalah kerana mereka ‘mahu mengganggu kehidupan seharian kelab kami’ sebelum memulakan kempen La Liga di Alaves malam ini.

Mundo Deportivo dalam laporan muka depannya hari ini menulis ‘Real Madrid mengkaji pilihan untuk bergabung dengan Liga Perdana’, kerana kecewa dengan kegagalan projek Liga Super yang disokong oleh presidennya, Florentino Perez.

Real juga kecewa dengan kesepakatan Liga Sepanyol, yang diketuai presiden Javier Tebas untuk menjual 10 peratus haknya selama 50 tahun kepada dana pelaburan CVC.

“Tumpuan Real Madrid ketika ini apakah terdapat kemungkinan untuk mereka meninggalkan Liga Sepanyol dan bergabung dengan liga utama lain kerana pihak pengurusan kelab sudah bosan dengan masalah yang terus menerusi ditimbulkan oleh Javier Tebas.

“Dalam senario ini, persaingan yang digemari Florentino Perez adalah Liga Perdana Inggeris, walaupun mereka juga mengumpulkan maklumat mengenai pilihan untuk menyertai Serie A di Itali atau Bundesliga Jerman,” tulis Mundo Deportivo. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya