Ratu pecut dunia, Thompson-Herah pertahan emas 200m - Utusan Malaysia

Ratu pecut dunia, Thompson-Herah pertahan emas 200m

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Elaine Thompson-Herah mempertahankan pingat emas 200m pecut wanita dalam Sukan Olimpik 2020 selepas mengungguli perlumbaan akhir, sebentar tadi.

Pelari dari Jamaica itu mencatat masa terpantas 21.53 saat sekali gus melakar rekod kebangsaan, juga catatan terbaik miliknya.

Ratu pecut dunia terdahulu meraih pingat emas 100m pada Sabtu lalu, juga mengulangi pencapaiannya pada edisi 2016 di Rio.

Bermakna, pelari berusia 29 tahun itu telah mengumpul empat emas Olimpik sepanjang dua penampilannya di temasya berprestij itu.

Sementara itu, perak menjadi milik Christine Mboma dari Namibia dengan catatan 21.81s, manakala pelumba Amerika Syarikat (AS), Gabrielle Thomas memperoleh gangsa (21.87s).- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya