Pingat ke-18 buktikan McFadden luar biasa - Utusan Malaysia

Pingat ke-18 buktikan McFadden luar biasa

TATYANA McFadden (kiri) meraikan kejayaan meraih gangsa bersama rakan senegara yang juga pemenang pingat emas 5,000 meter T53/54 wanita pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Susannah Scaroni. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Tatyana McFadden tidak memenangi emas semalam, namun pingat ke-18 yang diraih dalam kariernya di Sukan Paralimpik menjadikan atlet olahraga Amerika Syarikat (AS) itu sangat luar biasa.

McFadden, 32, memerlukan kemahuan yang amat tinggi untuk bertanding di Tokyo selepas menderita gangguan darah beku pada 2017 yang memerlukan hampir dua tahun untuk pulih.

Semalam, McFadden menamatkan saingan 5,000 meter kerusi roda T54 wanita dengan meraih gangsa menerusi catatan 11 minit, 15.13 saat.

Rakan senegaranya, Susannah Scaroni meraih emas, manakala perak milik Manuela Schaer dari Switzerland.

McFadden sebelum ini memenangi empat emas dan dua perak di Rio 2016, tiga emas satu gangsa di London 2012, tiga perak satu gangsa di Beijing 2008 dan satu perak serta satu gangsa di Athens 2004.

“Saya seperti berada di awangan ketika ini.

“Sebelum ini, saya berada di tempat yang sangat gelap dan memerlukan 20 bulan untuk pulih.

“Sepanjang tempoh 20 bulan tersebut, semua atlet lain telah menunjukkan kemajuan,” katanya.

McFadden dilahirkan di Rusia dan dibesarkan di rumah anak-anak yatim sehingga dia diambil oleh keluarga angkat pada usia enam tahun. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya