‘Pingat ini buat Malaysia, keluarga’ - Utusan Malaysia

‘Pingat ini buat Malaysia, keluarga’

AARON Chia (kiri) dan Soh Wooi Yik bersama pingat gangsa Sukan Olimpik yang dimenangi selepas menewaskan Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aaron Chia-Soh Wooi Yik terbaring dan menangis sejurus mengutip mata terakhir yang mengesahkan pingat gangsa buat Malaysia selepas me­numpaskan Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan dalam saingan beregu lelaki semalam.

Kata Aaron, dalam keadaan tertekan terutama ketika ke­tinggalan di set kedua, dia hanya memikirkan tentang keluarga untuk mencari kekuatan.

Biarpun jauh, semangat keluar­ga menaikkan semula keyakinan mereka untuk mengejutkan Ahsan-Setiawan 17-21, 21-17, 21-14.

“Ketika ketinggalan di set ke­dua di mana mereka mendahului empat mata di depan, kami terpaksa bermain secara bertahan.

“Ketika itu fikiran saya hanya kepada keluarga, itu yang membuatkan saya kuat dan terus memberikan cabaran.

“Boleh kata saya puas hati dapat menang pingat di sini ­biarpun bukan 100 peratus kerana kami ada buat kesilapan,” kata Aaron.

Soh Wooi Yik dan Aaron Chia meraikan kejayaan mereka menewaskan pasangan Indonesia untuk menang pingat gangsa Olimpik Tokyo. – AFP

Kejayaan itu menghadiahkan pingat pertama Malaysia daripada tiga yang disasarkan, termasuk sebutir emas.

Beregu No. 9 dunia itu turut menyambung legasi badminton negara yang tidak pernah gagal meraih pingat Olimpik sejak edisi di Beijing 2008.

Wooi Yik pula mengakui, kejayaan ini bukan segalanya, sebaliknya mereka ingin melangkah jauh.

“Saya sangat gembira kerana kami amat tertekan tadi. Kami enggan menyerah kalah dan hasilnya permainan menjadi,” kata Wooi Yik.

Biarpun badminton tidak dapat mengulangi pencapaian tiga perak di Rio 2016, namun kemenangan Aaron-Wooi Yik tetap membanggakan.

Lee Yang-Wang Chi-Lin dari Taiwan melakar kejutan terbesar apabila meraih emas beregu lelaki dengan selepas menum­paskan Li Jun Hui-Liu Yuchen dari China 21-18, 21-12.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya