Dalam laluannya di peringkat kumpulan, Wei Lun mengejutkan pemain No. 2 dunia yang juga pemenang pingat emas Sukan Para Asia 2018 dari Thailand, Witsanu Huadpradit menerusi tie-break 1-0, selepas terikat 3-3.

Wei Lun kemudian menang bergaya ke atas pemain kelapan dunia dari Korea Selatan, Jung Sungjoon.