Pertembungan buku bertemu ruas - Utusan Malaysia

Pertembungan buku bertemu ruas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Selepas mengharungi dua perlawanan pembukaan yang sempurna dengan rekod kemenangan tanpa bolos, Liverpool dan Chelsea bakal berdepan ujian sebenar apabila berentap sesama sendiri esok.

Beraksi di Anfield, nyanyian lagu You’ll Never Walk Alone pasti menaikkan semangat Reds apabila menentang Blues, apatah lagi trio serangan Mohamed Salah, Sadio Mane serta Diogo Jota berada pada prestasi terbaik.

Bagaimanapun Chelsea memiliki pertahanan ampuh diketuai Cesar Azpilicueta, Andreas Christensen dan Antonio Rudiger.

Romelu Lukaku yang cemerlang dalam penampilan semula bersama Blues juga bakal menjadi ancaman, namun kepula­ngan Virgil van Dijk mampu menyekat pergerakan penyerang itu.
Pada akhir­nya, taktikal Jurgen Klopp dan Thomas Tuchel bakal memainkan pe­ranan.

PERTAHANAN
Liverpool: Van Dijk akan menyukarkan mana-mana pasukan untuk menembusi benteng Reds.
Andy Robertson yang terlepas dua aksi pertama sedia membuat kepula­ngan semula dan bersaing tempat di bek kiri dengan Kostas Tsimikas.

Chelsea: Azpilicueta, Christensen dan Rudiger jarang diuji ketika Chelsea menewaskan Arsenal 2-0, malah trio ini berjaya mematahkan sera­ngan kelab-kelab Eropah hingga membawa mereka me­rangkul Liga Juara-Juara musim lalu.

TENGAH

HARYVEY ELLIOTT

Liverpool: Pemain remaja berusia 18 tahun,

mempamer aksi memukau ketika diturunkan dalam ke­sebelasan bertemu Burnley.

Begitupun berdepan pasukan besar seperti Chelsea, Reds memerlukan barisan lebih berpe­ngalaman. Fabinho dijangka kembali untuk bergandingan dengan Jordan Henderson dan Naby Keita.

N’GOLO KANTE

Chelsea: Jorginho memulakan musim dengan baik dan bakal mengetuai bahagian tengah. Bersama Mateo Kovacic, mereka cemerlang pada dua aksi pembukaan liga, namun berdepan Liverpool, Tuchel dijangka menggandingkan Jorginho dengan N’Golo Kante.

SERANGAN

MOHAMED SALAH

Liverpool: Salah tampak tajam pada awal musim, manakala Jota semakin serasi memainkan pe­ranan yang sebelum ini milik Ro­berti Firmino. Berganding dengan Mane, trio serangan Reds pasti menggerunkan Chelsea.

Chelsea: Lukaku sekali lagi bakal mengetuai sera­ngan sambil dibantu oleh Mason Mount dan Kai Havertz yang banyak memberi masalah kepada Arsenal dalam perlawanan terdahulu.

ROMELU LUKAKU
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya