Perak FC II semakin meningkat - Utusan Malaysia

Perak FC II semakin meningkat

PENYERANG Perak, Ghislain Guessan (kanan) cuba menggelecek pertahanan Terengganu FC II dalam saingan Liga Perdana yang menyaksikan kedua-dua seri tanpa jaringan pada Rabu lalu.- IHSAN PERAK FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pengurus Perak FC II, Mohd. Rashidi Abdul Rahim lega kerana pasukan itu semakin  menunjuk peningkatan.

Rashidi atau Rino berbangga dengan kejayaan terbaru pasukan itu mengutip satu mata ketika bertemu Terengganu FC II apabila seri tanpa jaringan dalam saingan Liga Perdana, kelmarin.

“Tahniah kepada pemain kerana mengusahakan keputusan ini.

“Satu mata ini tetap penting kerana ia mampu membantu mengukuhkan kedudukan pasukan dalam carta liga,” katanya di sini hari ini.

Anak-anak buah Syamsul Mohd. Saad mengutip empat mata daripada dua perlawanan setakat ini menduduki kedudukan kesembilan liga selepas mengutip 14 mata.

Ahli perniagaan berusia 49 tahun itu yang lebih dikenali dengan Rino berkata, dia menerima pelantikan itu kerana ingin membantu ketua jurulatih pasukan itu, Syamsul Mohd. Saad.

Seperti pasukan abang, pasukan pembangunan Perak itu juga sedang berjuang untuk mengelak penyingkiram ke Liga M3 tahun depan.

“Choi ( Syamsul) bersendirian melaksanakan tanggungjawab mengendalikan pasukan ketika ini sejak peletakan jawatan Azman Noh sebagai pengurus.

“Kini Azman dah dilantik sebagai Pengurus Besar (GM)Perak FC. Mungkin saya boleh tolong Perak II.

“Semoga dengan kehadiran saya ini dapat meringankan beban dipikul Syamsul,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya