Perak bayar gaji Julai - Utusan Malaysia

Perak bayar gaji Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pemain Perak FC mampu menghela nafas lega kerana akan menerima gaji bulan Julai sebelum perlawanan Liga Super menentang Kedah, Sabtu ini.

Perkhabaran gembira itu dimaklumkan oleh Pengurus Besar (GM) kelab, Azman Noh.

Langkah itu sebagai salah satu usaha pihaknya menyuntik semangat pemain Perak untuk menghadapi perlawanan penting itu.

“Sebagai usaha menyemarak semangat pemain kami akan menjelaskan gaji Julai yang tertunggak.

“Ia diharap dapat meringankan bebanan yang mereka hadapi,”katanya.

Azman atau Cikgu Man berkata sejak mengambil tugas sebagai Pengurus besar perak FC pada 1 Ogos lalu pelbagai usaha dilakukan untuk memulih pasukan.

“Masih ada baki tiga perlawanan. Saya tidak akann berhenti berusaha sehingga ke perlawanan terakhir.

“Saya lihat ada perkembangan positif dalam pasukan dan berharap kami akan berjaya menyelamatkan pasukan,” katanya

Justeru Cikgu Man berharap penyokong Perak aoan berdiri teguh di belakang pasukan sehingga ke wisel penamat

“Pemain memerlukan sokongan pemain ke-12.

“Jadi saya pohon sokongan padu penyokong dan lebih penting doa seluruh rakyat Perak demi kejayaan mereka,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya