Pemain wanita New Zealand tebus kecewa skuad lelaki - Utusan Malaysia

Pemain wanita New Zealand tebus kecewa skuad lelaki

PASUKAN New Zealand meraikan kejayaan meraih pingat emas ragbi tujuh sebelah wanita Sukan Olimpik Tokyo 2020 semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Pemain wanita New Zealand (NZ) menebus kekecewaan pasukan lelaki mereka apabila merangkul pingat emas ragbi tujuh sebelah Sukan Olimpik 2020 semalam.

Tyla Nathan-Wong me­nyempurnakan try dan tiga conversion untuk membantu New Zealand membenam Pe­rancis 26-12 dalam aksi final di Stadium Tokyo.

Kemenangan itu hadir ha­nya tiga hari selepas pasukan lelaki mereka dikecewakan oleh Fiji 12-27 dalam perebutan emas.
Michaela Blyde, Gayle Broughton dan Stacey Fluhler kesemuanya mengutip mata buat skuad Baby Ferns pada babak pertama, sebelum Nathan-Wong melengkapkan aksi bersejarah mereka di separuh masa kedua.

Kemenangan itu memperbaiki catatan perak yang diraih New Zealand ketika ragbi tujuh sebelah membuat penampilan sulung di Rio 2016.

PEMAIN New Zealand, Sarah Hirini (tengah) diangkat rakan sepasukannya, Portia Woodman dalam perlawanan akhir ragbi tujuh sebelah wanita Sukan Olimpik Tokyo 2020 menentang Perancis semalam. – AFP

“Setiap hari saya melihat pingat perak (yang diraih di Rio) sejak tiba di sini.

“Saya tidak akan melupakan bagaimana diri saya ketika itu, ketika kami memenangi pingat perak.

“Selepas lima tahun, saya sama sekali berubah menjadi orang yang berbeza, orang yang amat dahagakan pingat emas.

“Emas adalah simbol impian dan fikiran positif. Ia bukan sekadar pingat emas tetapi bagaimana kami berubah menjadi lebih matang,” kata pemain New Zealand, Ruby Tui.

Fiji memenangi pingat gangsa selepas mengecewakan Great Britain 21-12 dalam satu lagi pertarungan semalam. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya