Parchment juara 110m lari berpagar - Utusan Malaysia

Parchment juara 110m lari berpagar

Pelari Jamaica, Hansle Parchment (kanan) meraih pingat emas dalam acara 110m lari berpagar.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Pelari Jamaica, Hansle Parchment menewaskan juara dunia Grant Holloway untuk meraih pingat emas dalam acara 110m lari berpagar.

Parchment, yang meraih pingat gangsa di Rio 2016 merekodkan 13.04s untuk juara manakala Holloway melakukan 13.09 untuk meraih pingat perak dan pingat gangsa menjadi milik Ronald Levy, dengan catatan 13.10s.

Holloway mendahului perlumbaan sejak dari awal dalam cuaca panas di Syadium Olimpik namun pada 60m terakhir dipotong oleh Parchment.

Sementara itu, Ryan Crouser memecahkan rekod Olimpik sendiri untuk mengekalkan pingat emas dalam acara lontar peluru.

Crouser melakukan balingan sejauh 23.30m pada balingan keenam dan dia melakukan 22.52m ketika meraih pingat emas di Rio 2016.

Juara dunia, Joe Kovacs meraih pingat perak dengan 22.65m dan Tomas Walsh meraih pingat gangsa dengan catatan 22.47m.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya