Pacquiao bergelut hendak buka mata - Utusan Malaysia

Pacquiao bergelut hendak buka mata

MANNY Pacquiao ketika menentang Yordenis Ugas dalam pertarungan Welterweight WBA di Las Vegas, Nevada, Sabtu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAS VEGAS: Manny Pacquiao sukar untuk membuka matanya dan terpaksa disuap oleh isterinya selepas beberapa hari tewas kepada Yordenis Ugas.

Bintang berusia 42 tahun itu merupakan petinju paling versetile sepanjang zaman tewas dalam mempertahankan kejuaraan welterweight kepada Ugas, Sabtu lalu.

Pacquiao membuat penam­pilan pertama selepas dua tahun tidak beraksi dan dijadual bertemu Errol Spence Jr. tetapi digantikan Ugas pada saat akhir kerana mengalami kecederaan mata.

Walaupun diletak sebagai calon juara, Ugas menafikan lawannya dengan meraih mata untuk merekod kemenangan.

Pacquiao memerlukan lima jahitan berhampiran mata dan pakar sedang mengikuti perkembangannya.

Juara dunia lapan kali itu bagaimanapun berhasrat untuk bersara selepas tewas kepada petinju berusia 26 tahun tersebut kerana merasakan dia tidak ada apa lagi untuk dibuktikan.

Pacquiao mengakui sedang mempertimbangkan hasrat bersara kerana tidak melihat dirinya sebagai petinju lagi.

“Pada masa hadapan anda tidak akan lihat Manny Pacquiao bertarung lagi. Saya gembira dengan apa yang sudah lakukan dalam dunia tinju.

“Biarkan saya berehat kerana mahu membantu rakyat saya,” katanya yang juga seorang senator di Filipina. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya