Paalam selangkah hadiahkan emas kedua Filipina - Utusan Malaysia

Paalam selangkah hadiahkan emas kedua Filipina

Carlo Paalam tidak dapat menahan sebak selepas menewaskan petinju tuan rumah, Ryomei Tanaka untuk mara ke pertarungan akhir tinju flyweight Sukan Olimpik Tokyo 2020 semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Filipina mungkin mempunyai sejarah tinju yang hebat menerusi legenda, Manny Pacquiao, namun negara itu tidak pernah memenangi pingat emas sukan tersebut di temasya ­Olimpik.

Carlo Paalam berpeluang mengukir sejarah negaranya apabila hanya selangkah untuk memenangi emas dengan mara ke final acara flyweight (48-52 kilogram) selepas menewaskan petinju tuan rumah, Ryomei Tanaka menerusi keputusan 5-0 semalam.

Paalam, 23, yang melutut sebelum mengangkat tangannya sejurus kemenangan disahkan bakal berdepan cabaran Galal Yafai dari Great Britain dalam pertarungan merebut emas esok.

Sudahpun memenangi pingat emas Olimpik pertama menerusi Hidilyn Diaz dalam saingan angkat berat wanita pada 26 Julai lalu, Filipina mengharapkan emas kedua hadir di Kokugikan Arena.

Paalam sebelum ini melakar kemenangan sensasi ke atas juara bertahan, Shakhobidin Zoirov dari Uzbekistan pada sai­ngan suku akhir, Selasa lalu.

Kelmarin, negara itu turut meraih satu pingat perak dalam saingan tinju menerusi petinju wanita, Nesthy Petecio yang tewas kepada atlet Jepun, Sena Irie dalam final featherweight (54-57kg). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya