PETALING JAYA: Nuraisyah Jamil-Juni Karimah Noor Jamali cuba melakukan kebangkitan pada hari terakhir, namun tidak memadai untuk melayakkan mereka ke saingan perebutan penentuan pingat acara pelayaran 470 International wanita Sukan Olimpik Tokyo 2020 hari ini.
Pelayar negara itu mencatat keputusan terbaik mereka dengan menduduki tangga ke-11 dalam perlumbaan ke-10 di Teluk Sagami.
Begitupun mereka menutup kempen pada kedudukan ke-19 keseluruhan selepas berada di tempat ke-17 dalam perlumbaan kesembilan.
Hanya 10 peserta terbaik layak bersaing dalam pusingan penentuan pingat yang dijadual berlangsung, esok.
Perlumbaan kesembilan dan ke-10 pada awalnya dijadual berlangsung semalam tetapi ditunda ke hari ini kerana kurang kelajuan angin di kawasan pulau di Teluk Sagami.