Nur Syaiful tebus kecewa, mara ke final 100m gaya bebas - Utusan Malaysia

Nur Syaiful tebus kecewa, mara ke final 100m gaya bebas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Nur Syaiful Zulkafli menebus nasib malang hari pertama Sukan Paralimpik 2020 apabila melangkah ke final renang 100 meter (m) gaya bebas lelaki S5 hari ini.

Kelmarin, penyertaan Nur Syaiful dalam saingan 200m gaya bebas lelaki dibatalkan selepas dia melakukan kesilapan teknikal kerana meletakkan pita pelekat di bahagian bahu yang terdapat bisul.

Hari ini, Nur Syaiful bangkit menebus kecewa dengan menamatkan saringan pertama 100m gaya bebas di tangga ketiga untuk mengesahkan tiket final yang berlangsung 4 petang ini.

Dia mencatat masa satu minit, 16.33 saat di belakang perenang Brazil, Daniel De Faria Dias (1:13.02s) dan Antoni Ponce Bertran dari Sepanyol (1:13.33s).

Nur Syaiful mencatat masa ketujuh terbaik keseluruhan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya