Nur Azlia catat rekod peribadi terbaik - Utusan Malaysia

Nur Azlia catat rekod peribadi terbaik

NUR Azlia Syafinaz Mohd. Zais bersama jurumudi, Nurul Suhada Zainal beraksi dalam acara 1,000 ujian masa wanita.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Meskipun terlepas pingat, Nur Azlia Syafinaz Mohd. Zais mempamer aksi terpuji dalam perlumbaan akhir berbasikal trek ujian masa 1,000 meter (m) wanita dengan mencatat masa peribadi hari ini.

Bergandingan dengan jurumudi, Nurul Suhada Zainal, Nur Alia menamatkan saingan di tangga kesembilan daripada 10 peserta menerusi catatan masa 1 minit 15.005 saat (s).

Catatan tersebut memperbaiki rekod peribadi lamanya, 1:15.177s.

Pelumba Belanda, Larissa Klaassen meraih pingat emas dengan masa 1:05.291s yang turut memecahkan rekod Sukan Paralimpik acara berkenaan.

Aileen McGlynn Obe dari Great Britain membawa pulang perak dengan masa 1:06.743s, manakala Griet Hoet (Belgium) melengkapkan pentas podium di tempat ketiga (1:07.943s).

Nur Azlia akan turun semula untuk beraksi dalam acara keduanya iaitu ujian masa lebuh raya, Selasa depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya