Normal Woo-Jin dapat ‘perfect 10’ - Utusan Malaysia

Normal Woo-Jin dapat ‘perfect 10’

KHAIRUL ANUAR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pernah bertemu dengan lawannya empat kali, pemanah negara, Khairul Anuar Mohamad tidak terkejut Kim Woo-Jin mampu membidik 10 mata dalam semua panahan pada aksi kalah mati recurve individu lelaki Sukan Olimpik 2020 semalam.

Persembahan luar biasa pemanah Korea Selatan itu menyekat langkah Khairul untuk mara ke suku akhir selepas dia menang 6-0 (30-27, 30-27, 30-29).

Peminat Malaysia yang menonton perlawanan di depan televisyen terpaku apabila juara dunia 2018 itu melakukan bidikan ‘perfect 10’ dalam semua panahannya untuk mengecewakan hajat

Khairul mengulangi pencapaian terbaik suku akhir di London 2012.

Selepas mengeluarkan ‘semua yang ada’ ketika berdepan Khairul, Woo-Jin bagaimanapun gagal mengulangi kecemerlangannya di suku akhir apabila tewas 4-6 kepada Tang Chih-Chun dari Taiwan.

“Untuk aksi hari ini, Alhamdulillah dapat baiki ‘feeling’ berbanding semalam (kelmarin). Secara peribadi saya lebih fokus kepada panahan.

“Saya sudah menjangkakan aksi dia (Woo-Jin) seperti ini kerana sudah empat kali bertemu dengannya dan apabila dia lawan saya, dia memang akan raih mata sempurna. Itu normal pada saya.

“Apa pun saya berpuas hati dengan keputusan hari ini jika dilihat berdasarkan pungutan mata. Ada peningkatan dari semalam (kelmarin) walaupun kalah straight set.

“Sedikit kecewa kerana tidak dapat ke pusingan seterusnya. Saya dah berikan yang terbaik. Ini adalah Olimpik ketiga saya, tidak boleh salahkan pengalaman,” kata Khairul.

Pemanah Turki, Mete Gazoz melakar kejutan meraih pingat emas dengan menewaskan Mouro Nespoli dari Itali 6-4, manakala gangsa milik Takaharu Furukawa dari Jepun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya