Nasib jiran tak lapor polis - Utusan Malaysia

Nasib jiran tak lapor polis

CHIA Boon Foo (kanan) dan Chan Mee Kee menunjukkan gambar Aaron Chia dan Soh Wooi Yik yang berjaya memenangi pingat gangsa dalam aksi penentuan tempat ketiga Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: “Kami sekeluarga menjerit terlalu kuat bila Aaron menang, jiran ingat kami sudah naik gila. Nasib baik mereka tidak report (lapor) polis,” seloroh bapa Aaron Chia, Chia Boon Foo menceritakan ke­gembiraan keluarganya ketika meraikan kejayaan anak mereka.

Beregu lelaki negara, Aaron-­Soh Wooi Yik memperoleh gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas menundukkan pasangan Indonesia, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan 17-21, 21-17, 21-14 kelmarin.

Boon Foo, 62, berkata, kejayaan Aaron sangat berbaloi setelah anak kedua daripada tiga beradik itu menyerah segala keringatnya kepada badminton sejak usia tujuh tahun.

“Ketika Aaron berusia tujuh tahun, saya selalu bawa dia ke gelanggang badminton kerana dia me­nunjukkan minat untuk ikut saya bermain sehinggakan dia ambil raket dan ajak kawan saya bermain dengannya di tepi gelanggang.

“Kejayaan ini juga membuktikan seluruh rakyat Malaysia bersatu hati dalam merai­kan pingat pertama negara untuk Olimpik kali ini,” katanya dalam sidang akhbar secara dalam talian bersama isterinya, Chan Mee Kee.

Dalam pada itu, Boon Foo menambah, Aaron pada permulaan kariernya adalah pemain perseorangan sehingga usianya mencecah 16 tahun.

Aaron dan Wooi Yik juga pernah berentap dalam beberapa siri perlawanan peringkat kebangsaan sebelum digandingkan sebagai beregu.

“Aaron memang sudah lama kenal Wooi Yik sebab dulu mereka pemain perseorangan dan sudah beberapa kali berentap dalam kejohanan. Memang satu keajaiban bila digandingkan, mereka mampu meraih gangsa di Olimpik,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya