Musim baharu, Arsenal tetap sama - Utusan Malaysia

Musim baharu, Arsenal tetap sama

PENYERANG Brentford, Sergi Canos meraikan jaringannya ketika menentang Arsenal di Stadium Community Brentford, London hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Permulaan musim baharu Liga Perdana Inggeris memberi harapan harapan kepada kebanyakan pasukan kecuali Arsenal.

Penyokong Arsenal yang hilang sabar memulakan kempen #ArtetaOut di media sosial selepas Gunners tumpas 2-0 dalam aksi pembukaan liga kepada pendatang baharu, Brentford di Stadium Community Brentford hari ini.

Gol pada setiap babak menerusi Sergi Canos dan Christian Norgaard menyebabkan pengendali Arsenal, Mikel Arteta menjadi sasaran kritikan.

PEMAIN Arsenal kecewa selepas tumpas kepada Brentford dalam aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris. – AFP

Tugas getir bakal menanti Gunners dalam dua perlawanan seterusnya apabila bakal menentang Chelsea (22 Ogos) dan Manchester City (26 Ogos).

Permulaan sumbang Arsenal memberi kebimbangan kepada kelab London itu apa akan berlaku dalam dua aksi berikutnya.

“Kami tidak cukup bagus untuk mengalahkan mereka.

“Kami tidak melakukan perkara asas…kami akan mengkaji semula permainan dan berbincang dengan kepala yang tenang untuk cuba memperbetulkan keadaan,” kata Arteta.

“Musim baharu, cerita tetap sama,” kata pengulas Sky Sports yang juga legenda Liverpool, Jamie Carragher.

PEMAIN Brentford meraikan kejayaan menjaringkan gol dalam aksi menentang Arsenal.

Arsenal melakukan 22 tendangan dalam permainan itu tetapi hanya empat sepakan tepat dan satu pun tidak mengenai sasaran.

Arteta dikritik kerana gagal melakukan perkara asas dan tidak mahu menggunakan Pierre-Emerick Aubameyang dan Alexandre Lacazette akibat masalah kesihatan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya