PETALING JAYA: Penerjun negara, Leon Mun Yee akan menunaikan janji untuk memberi cenderamata Sukan Olimpik Tokyo 2020 kepada peminatnya.
Dia yang beraksi buat kali kelima di pentas Olimpik menyediakan beberapa hadiah untuk diberikan kepada peminat yang mengikutinya di Instagram (IG), Twitter dan TikTok.
“Hai semua, terima kasih atas sokongan tidak berbelah bagi anda kepada saya selama ini. Di sini barangan cenderamata Olimpik yang akan saya hadiahkan menerusi akaun IG dan TikTok saya.
“Saya akan memilih secara rawak menerusi setiap komen anda. Pastikan anda turut mengikuti #olympics, #merchandise dan #giveaway,” katanya di media sosial.
Giveaway on my IG and Tt. pic.twitter.com/733ShZM41J
— Leong Mun Yee (@AngelaLeong) August 13, 2021
Antara hadiah yang disediakan termasuk tuala, jersi, rantai kunci dan maskot Sukan Olimpik Tokyo 2020, Miraitowa.
Mun Yee, 36, yang berasal dari Ipoh, mengakhiri kempen terakhir Olimpik buatnya dengan menduduki tangga kelapan bersama Pandelela Rinong dalam acara 10m platform seirama.
Dia bersaing kali pertama di pentas Olimpik pada temasya Sydney 2000.