Mulianya hati Maria - Utusan Malaysia

Mulianya hati Maria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPA: Bintang rejam lem­bing Poland, Maria Andrejczyk melelong pingat perak yang dimenangi dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 bagi mendapatkan dana untuk membantu pembedahan jantung seorang bayi lelaki di negaranya.

Atlet berusia 25 tahun itu menjual pingat tersebut, yang merupakan pingat Olimpik pertamanya pada harga A$125,000 (RM384,273) setelah menyiarkan perkara itu di media sosial serta eBay.

Andrejczyk tidak mengenali ibu bapa bayi tersebut secara peribadi, malah tidak mempu­nyai pertalian darah.

Bagaimanapun dia membaca tentang usaha mereka mengutip dana menerusi Facebook.

Ibu bayi itu sudah mengumpul separuh daripada dana keseluruhan yang diperlukan A$385,000 (RM1.18 juta) dan bantuan Andrejczyk lebih daripada mencukupi untuk menghantarnya menjalani pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Stanford, California.

Pasar raya terkemuka Poland, Zabka memenangi lelongan secara adil, namun kemudian mengembalikan pingat kepada Andrejczyk.

MARIA Andrejczyk melakukan rejaman yang menghasilkan pingat perak pada Sukan Olimpik Tokyo 2020. – AFP

Andrejcyk tersentuh dengan nasib malang bayi tersebut ke­rana dia sendiri punya pengalaman hampir kehilangan nyawa.

Pada 2018, Andrejcyk disahkan menghidap Osteosarcoma iaitu kanser yang berkembang dalam sel tulang.

Dia menjalani pembedahan, dan proses pemulihan berjalan baik sebelum kembali memulakan latihan.

Andrejczyk me­nye­rtai Sukan Olimpik keduanya selepas dipisahkan 2 sentimeter (cm) daripada meraih pingat di Rio 2016.

“Nilai sebenar pingat selalu ada di hati.

“Pingat ha­nyalah objek, ta­pi amat bermanfaat untuk orang lain.

“Perak ini dapat menyelamatkan nyawa, bukan untuk mengumpulkan habuk di almari.

“Sebab itulah saya memutuskan untuk me­lelongnya bagi menolong bayi yang sakit,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya