MSN kutip input daripada atlet, jurulatih - Utusan Malaysia

MSN kutip input daripada atlet, jurulatih

PANDELELA Rinong akan mengetuai cabaran Malaysia pada Sukan Asia di Hangzhou.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sedih dengan kegagalan terjun menghadiahkan pingat dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020, Majlis Sukan Negara (MSN) akan mengkaji semula pembangunan sukan tersebut secara menyeluruh, termasuk mendapatkan input daripada atlet serta jurulatih.

Selepas meraih sebutir gangsa di London 2012 dan satu perak pada temasya Rio 2016, terjun yang menjadi sasaran pingat di Tokyo pulang dengan tangan kosong biarpun menghantar ramai penerjun bertaraf dunia.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, selain akan bertemu atlet serta jurulatih, mereka juga akan mendapatkan laporan daripada Persekutuan Renang Malaysia (MAS), malah akan mengambil pendekatan sama terhadap semua sukan-sukan lain yang terlibat dalam temasya kali ini.

AHMAD SHAPAWI ISMAIL

“Kita sedih kerana terjun gagal memberikan pingat kali ini. Kita terima dan akui kita gagal dalam usaha kali ini.

“Semua pihak, termasuk atlet-atlet dari luar negara juga telah melalui keadaan agak sukar di peringkat pelaksanaan program dengan jangkitan Covid 19 yang menyebabkan banyak ketidaktentuan.

“Pertamanya adakah ­Olimpik akan diteruskan selepas ditangguhkan sebelum ini, penangguhan pertandingan-pertandingan yang telah dirancang termasuk pertandingan kelayakan ke Tokyo telah menjejaskan perancangan program latihan seterusnya.

“Beberapa perubahan keputusan saat akhir seperti jadual pertandingan, syarat kelayakan, penutupan sempadan negara kita dan negara luar selain peraturan kuarantin yang dikuatkuasakan turut menjadikan pelaksanaan program menjadi kelam kabut.

“Kegagalan terjun kali ini memerlukan kita mengkaji semula pembangunan sukan ini secara menyeluruh dengan mendapatkan input daripada atlet, jurulatih dan persatuan-persatuan sukan kebangsaan.

“Kita akan menggunakan platform sedia ada melibatkan Jawatankuasa Program (JKP), Jawatankuasa Kerja (JKK) dan Jawatankuasa Pemandu Program Podium dan Program RTT ke arah persediaan untuk beberapa Olimpik akan datang,” kata Ahmad Shapawi ketika dihubungi Mingguan Malaysia.

Ketika Olimpik akan ­melabuhkan tirai hari ini, badminton kekal sebagai penyumbang pingat tunggal Malaysia di Tokyo selepas meraih gangsa menerusi beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya