Model Playboy bida tisu ‘berhingus’ Messi - Utusan Malaysia

Model Playboy bida tisu ‘berhingus’ Messi

Luana Sandien
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang peminat fanatik Lionel Messi dan juga model majalah Playboy, Luana Sandien sanggup membida hampir setengah juta pound bagi mendapatkan tisu yang mengandungi ‘DNA’ bintang Argentina tersebut.

Sandien berkata, dia terus membida dengan nilai tersebut bagi mendapatkan tisu yang digunakan bagi mengesat air mata dan hingus Messi ketika majlis perpisahan bintang Barcelona itu selepas terlihat iklan di Internet.

“Saya terus membida de­ngan nilai 438,000 pound (RM2.5 juta) untuk mendapatkan tisu tersebut. Selepas itu, iklan tersebut hilang.

LUANA SANDIEN

“Saya menawarkan lebih separuh daripada amaun yang dipaparkan dalam iklan terbabit dan saya percaya saya mampu memenanginya.

“Bagaimanapun iklan itu hilang selepas saya membidanya, lenyap entah ke mana.

TISU yang digunakan Lionel Messi untuk mengelap hingus dan air mata dalam majlis perpisahannya awal bulan ini menjadi rebutan.

“Iklan itu lesap tanpa memaklumkan langkah berikutnya. Jadi saya tidak tahu sama ada terdapat orang lain yang berjaya memenangi bidaan itu.

“Ataupun pengiklan sudah menyerah kalah dengan idea tersebut. Saya harap saya memperolehnya,” ujar Sandien.

Belum pasti sama ada mo­del dari Brazil yang mempunyai 45,000 pengikut di Instagram itu berupaya memenangi bidaan tersebut, namun jika berjaya, Sandien merancang untuk bergambar dengan tisu
tersebut dalam keadaan tidak senonoh. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya