Misi hidup mati Perak bermula malam ini - Utusan Malaysia

Misi hidup mati Perak bermula malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: “Ini misi hidup atau mati kami.”

Itu penegasan  ketua jurulatih sementara Perak FC, Mohd. Shahril Nizam Khalil menjelang pertemuan dengan UiTM FC di Stadium UiTM Shah Alam dalam saingan Liga Super malam ini .

Ini kerana keputusan perlawanan ini akan menentukan hala tuju pasukan The Bos Gaurus dalam kancah Liga M tahun depan.

Shahril menyifatkan baki lima perlawanan mereka bermula malam ini adalah penentuan bagi mereka.

Perak FC kini ibarat ‘nyawa-nyawa ikan’ kerana berada di ambang penyingkiram ke Liga Perdana tahun 2022 gara-gara menduduki kedudukan ke-11 liga Super kali ini.

Perak setakat ini mengutip 13 mata berada tiga mata di bawah Melaka United dan Sri Pahang.

SHAHRIL Nizam Khalil (kanan) bersama barisan kejurulatihan Perak FC.

“Perlawanan ini cukup penting kerana akan menentukan kedudukan kami.

“Jika berjaya kutip mata penuh maka peluang keluar dari zon penyingkiran cerah semula dengan syarat pencabar di atas iaitu Melaka United tidak menang.

“Satu lagi pasukan yang masih boleh dicabar ialah Sri Pahang,” kata Shahril.

Melaka United akan bertandang ke Pulau Pinang manakala Sri Pahang bertemu Terengganu FC, malam ini.

Begitupun apa yang pasti, Perak FC tidak boleh mengharapkan kepada orang lain kerana mereka sendiri perlu menang perlawanan sendiri.

“Kami kena menang perlawanan ini. Ia bukan tugas mudah kerana UiTM juga berwajah baru,”katanya .

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya