'Menjadi berbeza adalah kekuatan, bukan kelemahan' - Utusan Malaysia

‘Menjadi berbeza adalah kekuatan, bukan kelemahan’

UPACARA pembukaan Sukan Paralimpik 2020 berlangsung gilang gemilang sekalipun tanpa kehadiran penonton di Stadium Olimpik, Tokyo semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Ketika obor Paralimpik Tokyo dinyalakan di Stadium ­Olimpik semalam, 4,403 atlet dari 163 delegasi nekad menjadikan temasya itu sebagai platform menyebarkan mesej kepada insan kurang upaya ‘jangan bermuram di rumah, anda boleh lakukan sesuatu yang luar biasa’.

Atlet pelarian para wanita pertama, Alia Issa membawa ben­dera kontinjen Pela­rian bersama pe­renang ­Syria, Ibrahim Al Hussein pada upacara pembukaan semalam.

Alia mewakili 82 juta orang yang terpaksa me­larikan diri dari perang dan menjadi mangsa hak asasi di seluruh dunia.

“Saya ingin berkongsi (mesej) dengan wanita di seluruh dunia, terutama golo­ngan kurang upaya agar jangan terperap di rumah. Cuba bersukan setiap hari dan sertai dunia luar,” kata Issa, 20, yang me­nyertai acara ba­ling kelab.

Ibu bapa Alia ­berasal dari Syria, namun dia dilahirkan di Greece selepas keluarganya berhijrah untuk mencari kehidupan lebih baik.

ALIA Issa (kiri) bersama atlet kontinjen Pelarian yang akan bertanding dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang membuka tirai semalam.

“Harap saya menjadi contoh untuk diikuti orang kurang upaya di luar sana,” kata Alia, yang dijangkiti ca­car pada usia muda hingga merosakkan otak­nya, mempe­ngaruhi perge­rakan serta pertuturannya.

Berbeza dengan Olim­pik, kebanyakan atlet para mempunyai kisah perjuangan penuh inspirasi, bukan saja dalam sukan, malah ada yang bertarung nyawa.

Presiden Jawatan Paralimpik Antarabangsa, Andrew Parsons berkata, Paralimpik bukan soal prestasi semata-mata, sebalik­nya perjuangan insan luar biasa.

“Ada banyak yang boleh dilihat … misalnya pelari pecut buta berlari 100 meter dalam masa 10 saat, pada masa yang sama anda dapat lihat pemain boccia de­ngan kecacatan teruk melakukan balingan tepat.

“Anda boleh lihat bagaimana pasukan bola keranjang kerusi roda bekerjasama. Atlet dengan kecacatan teruk mengawal kuda.

“Semua ini akan mengubah cara orang berfikir tentang kecacatan. Mereka menyedari menjadi berbeza adalah kekuatan, bukan kelemahan,” kata Parson. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya