‘Menangis bukan sebab kecewa’ - Utusan Malaysia

‘Menangis bukan sebab kecewa’

NUR Dhabitah Sabri menangis ketika ditemuramah Astro Arena.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Nur Dhabitah Sabri sentiasa tersenyum sebelum atau selepas melakukan setiap terjunan, namun semalam dia tampak sebak, beberapa kali mengesat air mata sejurus menamatkan saingan akhir terjun 3 meter papan anjal Sukan Olimpik 2020.

Ditanya apakah dia kecewa terlepas pingat gangsa dengan menduduki tangga keempat, hanya 17.6 mata di belakang penerjun Amerika (AS), Krysta Palmer, Dhabitah menegaskan, dia menangis kerana bangga dengan pencapaian di Olimpik.

Penerjun berusia 22 tahun itu mencatat pencapaian terbaiknya dalam temasya sukan terbesar dunia itu berbanding di tangga kesembilan dalam penampilan sulung di Rio 2016.

Selain gembira berjaya me­lakukan terjunan konsisten dalam aksi final, Dhabitah turut terkenang segala kepayahan yang dilalui sebelum berlepas ke Jepun untuk menyertai temasya berprestij tersebut.

SENTIASA tersenyum biarpun dalam keadaan tertekan.

“Saya tidak rasa apa-apa, saya menikmatinya. Saya sedih bukan disebabkan tidak menang (pingat) tetapi saya berbangga.

“Saya hilang arah dan keyakinan diri sebelum datang ke sini, jadi saya sangat gembira dapat melakukan yang terbaik dan berbangga dengan diri sendiri.

“Malaysia lockdown dan kita tidak hidup seperti dulu, jumpa serta lepak dengan kawan-kawan. Tak dapat jumpa keluarga.

“Saya sangat tertekan duduk dalam gelembung sukan, saya rindukan keluarga. Tak dapat le­pak, ia tak sama ma­cam du­lu…itu yang mem­buatkan saya hilang arah,” katanya.

DHABITAH masih mampu tersenyum sebelum memulakan terjunan.

Dhabitah melengkapkan lima terjunan dengan 326.15 mata ke­seluruhan.

Catatan itu lebih baik daripada yang dilakukan di peringkat kelayakan (291.60) dan separuh akhir (312.60).

Penerjun China dike­tuai juara bertahan, Shi Tingmao (383.50) dan Wang Han (348.75) menge­tuai kedudukan 1-2, diikuti Palmer dengan 343.73 mata.

“Saya tak fikir pasal Pal­mer…sikit lagi nak kejar. Pada saya ini adalah permulaan.

“Anda tak bawa balik pingat tapi anda mesti bawa pulang sesuatu iaitu pengalaman. Saya tidak pulang dengan tangan kosong,” ujar Dha­bitah.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya