McLaughlin raih emas, pecah rekod dunia - Utusan Malaysia

McLaughlin raih emas, pecah rekod dunia

Sydney Mclaughlin meraikan kejayaan memenangi acara 400m lari berpagar Olimpik bersama rekod dunia di Tokyo hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Pelari Amerika Syarikat (AS), Sydney McLaughlin memecah rekod dunia miliknya sendiri ketika memenangi pingat emas 400 meter berpagar wanita Sukan Olimpik Tokyo 2020 hari ini.

McLaughlin mencatat masa 51.46 saat mengenepikan rakan senegara yang juga juara dunia dan pemenang emas Olimpik 2016, Dalilah Muhammad untuk perak dengan 51.58s.

Gangsa milik Femke Bol dari Belanda menerusi catatan 52.03s.

McLaughlin, 21, memadam rekod dunia miliknya yang dicatat dalam kejohanan ujian Amerika Syarikat di Oregon, Jun lalu iaitu 51.90s. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya