Lukaku hampir kembali ke Stamford Bridge - Utusan Malaysia

Lukaku hampir kembali ke Stamford Bridge

ROMELU LUKAKU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Chelsea menaikkan tawaran kepada 120 juta euro (RM600 juta) bersama bonus 8 juta euro (RM40 juta) untuk mendapatkan Romelu Lukaku, tawaran yang akhirnya diterima oleh gergasi Serie A, Inter Milan.

Juara Eropah itu menjadikan penyerang Belgium tersebut sebagai sasaran No. 1 selepas gagal mendapatkan Erling Haaland.
Menurut Repubblica, Inter pada mulanya menolak permintaan Chelsea, namun Lukaku meminta kelab Itali itu agar menerima tawaran tersebut.

Penyerang berusia 28 tahun itu bersedia membuat kepula­ngan semula ke Liga Perdana Inggeris selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Inter, Beppe Marotta bagi membincangkan mengenai masa depannya.

Lukaku pernah menyarung jersi Blues dari 2011 hingga 2014 sebelum menyertai Everton serta Manchester United.

Kariernya menyinar bersama Inter selepas muncul penjaring terbanyak dan membawa mereka merangkul kejuaraan Serie A musim 2020/2021.

Biarpun tidak terdesak untuk meninggalkan Milan, namun Lukaku amat bersemangat mahu membuktikan kemampuannya kepada penyokong Blues selepas meninggalkan kelab London itu dalam kea­daan kurang menggembirakan pada 2014.

Dia hanya membuat 10 penampilan dalam musim ter­akhir bersama Chelsea tanpa menjaringkan sebarang gol.

Lukaku bagaimanapun bersedia untuk melakukan yang lebih baik buat kelab tersebut di bawah bimbingan Thomas Tuchel.

“Saya tidak mahu bercakap tentang pemain yang tidak ­berada dalam skuad saya.

“Begitupun saya akui, Romelu Lukaku pemain yang hebat dia pemain Inter Milan dan saya menghormati fakta itu. Saya tidak akan bercakap mengenai situasinya sekarang,” kata Tuchel.

Ketika ditanya mengenai keinginan Lukaku untuk kembali ke Stamford Bridge, Tuchel menambah: “Saya rasa ramai pemain mahu datang ke sini (Chelsea) tetapi malangnya tidak semua boleh datang.” – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya