Liverpool dalam 'Kumpulan Maut' - Utusan Malaysia

Liverpool dalam ‘Kumpulan Maut’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Liverpool diletak dalam ‘Kumpulan Maut’ Liga Juara-Juara Eropah apabila diundi bersama Atletico Madrid, AC Milan dan Porto.

Kecuali Atletico, yang hadir dengan reputasi juara Liga Sepanyol, kesemua pasukan dalam Kumpulan B pernah merangkul kejuaraan kelab elit Eropah.

“Ini Liga Juara-Juara, jadi ini yang boleh kita jangkakan (undian sukar). Anda harus berdepan pasukan terbaik Eropah dalam peringkat kumpulan.

“Saya rasa penyokong pasti teruja dan tidak sabar untuk menyaksikan saingan bermula,” kata jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp.

Liverpool akan kembali ke Stadium Wanda Metropolitano yang menyaksikan mereka muncul juara Eropah kali keenam pada 2019.

Liverpool akan kembali ke Stadium Wanda Metropolitano yang menyaksikan mereka menewaskan Tottenham untuk muncul juara Eropah kali keenam pada 2019.

Dalam undian di Istanbul awal pagi tadi, turut mencuri tumpuan pastinya Kumpulan A yang menyaksikan pasukan baharu Lionel Messi, Paris Saint-Germain (PSG) bakal bertemu Manchester City.

Jika City, yang menewaskan PSG di separuh akhir musim lalu berjaya membawa masuk Cristiano Ronaldo sebelum jendela perpindahan ditutup hujung bulan ini, bermakna peminat berpeluang menyaksikan pertembungan Ronaldo-Messi bersama kelab baharu.

CRISTIANO Ronaldo (kanan) akan kembali bertembung dengan Lionel Messi?

“Detik istimewa, Manchester City antara kelab terbaik Eropah dan gigih memburu trofi Liga Juara-Juara sejak 10 tahun lalu.

“Cabarannya ialah berusaha muncul juara kumpulan,” kata pengurus PSG, Mauricio Pochettino.

Undian turut menyaksikan RB Leipzig dan Club Brugge bakal memberi saingan kepada PSG dan City dalam Kumpulan A.

Juara bertahan, Chelsea akan menentang Juventus dalam Kumpulan H dan kedua-duanya dijangka tiada masalah berdepan juara Rusia, Zenit Saint Petersburg dan Malmo.

Gergasi La Liga, Barcelona bakal dicabar Bayern Munich, Benfica dan juara Ukraine, Dynamo Kiev dalam Kumpulan E.

Sementara itu, Manchester United menghuni Kumpulan F bersama Villarreal, Atalanta dan juara Switzerland, Young Boys. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya