Lima pemain hoki Australia langgar peraturan Covid-19 - Utusan Malaysia

Lima pemain hoki Australia langgar peraturan Covid-19

SKUAD hoki Australia masih diselubungi kekecewaan kerana tewas menerusi penentuan pukulan penalti kepada Belgium dalam perebutan emas.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Lima pemain skuad Kookaburras dikenakan tindakan disiplin selepas melanggar peraturan Covid-19 untuk membeli alkohol, satu lagi insiden yang memalukan kontinjen Australia pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Kesemua pemain hoki lelaki Australia itu keluar dari Perkampungan Olimpik hari ini.

Kejadian tersebut berlaku tidak lama selepas pemain pasukan ragbi lelaki Australia dan mendayung didapati merosakkan bilik penginapan mereka.

Pemain hoki Australia didapati keluar dari perkampungan sukan sehari selepas kekalahan mereka kepada Belgium pada perebutan pingat emas.

“Pemain (hoki) keluar dari perkampungan selama 20 minit.

“Sekitar pukul 6 pagi, kumpulan kedua berjalan ke kedai serbaneka tanpa melakukan pembelian.

“Kami telah menegur mereka. Pemain-pemain ini kemudian tidak keluar dari bilik dan amat menyesali perbuatan itu. Mereka telah mengecewakan rakan sepasukan mereka.

“Apa pun, saya memahami kekecewaan pemain kerana kekalahan dalam perebutan pingat emas, kami sedar harapan yang diletakkan terhadap pasukan ini di Tokyo,” kata Ketua Kontinjen Australia, Ian Chesterman.

Chesterman berkata, semua pemain diuji negatif Covid-19 dalam ujian yang dilakukan secara berasingan dan akan kembali ke Australia esok. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya