Leicester rosakkan penampilan sulung Grealish - Utusan Malaysia

Leicester rosakkan penampilan sulung Grealish

PEMAIN Leicester City' meraikan kejayaan muncul juara Perisai Komuniti selepas menewaskan Manchester City di Stadium Wembley, London hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Penampilan sulung Jack Grealish bersama Manchester City dirosakkan oleh Kelechi Iheanacho yang menyempurnakan sepakan penalti untuk membawa Leicester City merangkul Perisai Komuniti menerusi kemenangan 1-0 hari ini.

Semua mata tertumpu kepada Grealish apabila dia dimasukkan sebagai pemain gantian pada babak kedua selepas dibeli menerusi rekod perpindahan Britain, 100 juta pound (RM585 juta) dari Aston Villa.

Selepas menjalani latihan pertama Jumaat lalu, pemain sayap England itu masuk menggantikan Sam Edozie pada minit ke-65 dan dilihat berjaya menghidupkan gerakan dalam penampilan sulungnya. Grealish lebih banyak memberi ancaman berbanding rakan sepasukan lain.

Bagaimanapun, penampilan pertamanya menyarung jersi City berakhir dengan kekecewaan selepas Iheanacho menyempurnakan penalti pada minit terakhir selepas pemain kelahiran Nigeria itu dijatuhkan Nathan Ake.

JACK Grealish (tengah) membuat penampilan pertama bersama Manchester City dalam perlawanan Perisai Komuniti.

“Dia bermain dengan sangat baik. Agresif, memberi ancaman kepada pertahanan lawan, setiap kali dia mendapat bola tiga pemain berada di sekelilingnya. Sedikit demi sedikit dia mampu mencari rentak terbaik,” kata Pengurus City, Pep Guardiola

Kekalahan dalam perlawanan yang menjadi simbol bakal bermulanya musim baharu Liga Perdana Inggeris bagaimanapun tidak membimbangkan City yang dalam misi mempertahankan kejuaraan liga.

Aksi Perisai Komuniti adalah perlawanan pembukaan musim baharu yang menemukan juara Liga Perdana menentang juara Piala FA.

“Kami tidak berada pada tahap terbaik hari ini tapi pemain akan menjadi lebih bagus Ahad depan. Itulah proses yang haru kami lakukan.” kata Guardiola.

Naib juara Liga Juara-Juara musim lalu itu akan memulakan kempen mempertahankan kejuaraan dengan menentang Tottenham Ahad depan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya