Lebih banyak pingat emas bakal menyusul - Utusan Malaysia

Lebih banyak pingat emas bakal menyusul

BONNIE BUNYAU GUSTIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bonnie Bunyau Gustin mendedikasikan pingat emas yang dimenangi buat bapa dan jurulatihnya, sambil me­negaskan, kejua­raan yang diraih semalam akan membakar sema­ngat kontinjen Malaysia untuk memburu lebih banyak emas di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Membuat penampilan sulung pada temasya tersebut, atlet powerlifting kelahiran Sarawak itu tidak gentar ketika merangkul emas saingan 72 kilogram (kg) dengan angkatan 228kg, yang juga rekod Pa­ralimpik.

Bonnie, 22, memenuhi reputasi sebagai juara dunia dan pemegang rekod dunia apabila mengenepikan pesaing utama, Mahmoud Attia dari Mesir (191kg) dan atlet Great Britain, Micky Yule (182kg).

Bagaimanapun Bonnie gagal dalam percubaan memecah rekod dunia miliknya sendiri, 230kg apabila tidak dapat meng­angkat bebanan 231kg.

“Ini kenangan manis buat saya kerana kali pertama beraksi di Sukan Paralimpik.

“Semalam saya ada hubungi keluarga untuk mohon doa mereka dan hari ini saya berjaya.

“Saya juga percaya emas ini akan menjadi perangsang kepada atlet lain dan lebih banyak pingat akan diraih,” katanya.

Bonnie mengakui sedikit gementar ketika membuat penampilan pertama, selain tidak menolak, faktor kepenatan menyebabkan dia tidak dapat memperbaiki rekod dunianya sendiri.

“Mungkin penat sikit dan nafas saya ketika itu tak cukup buat tolakan terakhir,” jelasnya sambil mengakui menyembunyikan rasa gemuruh daripada jurulatih sepanjang pertandingan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya