Kuartet AS lebih buruk daripada budak-budak - Utusan Malaysia

Kuartet AS lebih buruk daripada budak-budak

PELARI Amerika Syarikat, Cravon Gillespie (kanan) mempamer larian hambar dalam separuh akhir 4x100m Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila sekadar menduduki tangga keenam, sekali gus gagal mara ke perlumbaan akhir buat kali pertama. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Legenda olahraga Amerika Syarikat (AS), Carl Lewis menganggap kuartet 4×100 meter lelaki negara itu amat memalukan selepas gagal melangkah ke perlumbaan ­ak­hir buat kali pertama dalam sejarah.

Kejayaan menjuarai Kejohanan Dunia 2019 meletakkan AS sebagai pilihan untuk menamatkan penantian memenangi emas 4x100m buat kali pertama dalam tempoh 21 tahun.

Impian mereka bagaimanapun berkecai selepas kuartet yang dibarisi Trayvon Bromell, Fred Kerley, Ronnie Baker dan Cravon Gillespie sekadar menduduki tangga keenam dalam separuh akhir kedua menerusi catatan 38.10 saat.

Penyerahan baton yang buruk antara Kerley dan Baker, selain larian lemah Gillespie membawa kepada penyingkiran mengejut skuad ‘superstar’ AS.

Biarpun tidak pernah memenangi kejuaraan Olimpik sejak temasya Sydney 2000, malah kali terakhir meraih ­pingat acara itu di Athens 2004, namun AS tidak pernah gagal mara ke final dalam sejarah mereka.

CARL LEWIS

“Banyak kesalahan yang dilakukan pasukan berganti-ganti lelaki Amerika Syarikat.

“Penyerahan baton salah, cara larian atlet tidak betul dan jelas sekali tiada kepemimpinan.

“Itu sangat memalukan dan sama sekali tidak dapat ­diterima oleh pasukan Amerika Syarikat. Mereka kelihatan lebih teruk daripada kanak-kanak AAU (Kesatuan Olahraga Amatur) yang pernah

saya lihat,” kata Lewis, pemenang sembilan pingat emas Olimpik dan lapan kejuara­an dunia.

Prestasi kuartet AS turut d­iselar oleh Leroy Burrell, anggota skuad berganti-ganti negara itu yang memenangi emas di Barcelona 1992, selain bekas juara 200 serta 400m Olimpik, Michael Johnson.

Sementara itu, Gillespie ketika ditanya apa yang tidak kena dengan mereka dalam perlumbaan tersebut mengakui, dia sendiri buntu.

“Kami harus bangkit memenangi Kejohanan Dunia akan datang (tahun depan) dan Sukan Olimpik seterusnya kerana kegagalan ini sukar diterima,” katanya.

“Kami tidak melakukan tugas dengan baik hari ini, tiada alasan,” kata pelari kedua, ­Kerley, yang juga pemenang perak 100m.

Itali memenangi saingan dengan catatan ketiga terbaik keseluruhan, 37.95s. Jamaica yang beraksi dalam separuh akhir pertama turut mara menerusi 37.82s, diikuti Great Bri­tain kedua (38.02s) dan Jepun (38.16s). – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya