Kerja di pasar raya cari duit untuk beraksi di Olimpik - Utusan Malaysia

Kerja di pasar raya cari duit untuk beraksi di Olimpik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Setiap atlet yang bertanding di Sukan Olimpik mempunyai kisah dan perjalanan berbeza, begitu juga pelari pecut muda Australia, Riley Day yang tular selepas melakukan larian hebat dalam acara 200 meter, Isnin lalu.

Day menjadi tumpuan selepas dia menjerit ketika ditemubual sebuah stesen televisyen kerana terlalu gembira dengan kejayaan mencatat masa peribadi terbaiknya.

Berusia 21 tahun dan berasal dari Queensland, Day mendedahkan dia cukup beremosi kerana terpaksa bekerja di pasar raya Woolworths setiap Ahad sejak tiga tahun lalu bagi membiayai perjalanan ke Tokyo.

Kata Day dia tidak mempunyai penaja dan perlu menggunakan wang sendiri untuk memenuhi impian beraksi di pentas sukan terbesar dunia itu.

Day tersenyum lebar sepanjang ditemubual oleh wartawan penyiaran Channel 7, Bruce McAvaney sambil menjerit di mikrofon ketika ditanya mengenai persembahannya.

Beraksi di lorong kelapan pada separuh akhir 200m, catatan  22.56 saat yang dilakukan tidak memadai untuk membawa Day mara ke final, namun cukup memberi kepuasan kepadanya.

Dia meminta rakyat Australia yang menonton di rumah untuk mengikutinya di Instagram dan ia berhasil apabila pengikut Instagramnya meningkat daripada 23,900 kepada 56,200 dalam tempoh 24 jam.

Day berkongsi siri kisah penuh emosi di Instagram selepas perlumbaannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong.

“Terima kasih kepada semua yang menghantar mesej kepada saya dan mendoakan saya agar berada dalam keadaan baik, saya sangat menghargai segalanya. Ia membuatkan saya mahu bekerja lebih keras untuk mara ke final dalam kejohanan utama seterusnya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya